Kenali Besi Kekuda: Pilihan Selamat untuk Bumbung Rumah Anda!


Ringkasan:

Penggunaan besi kekuda sebagai kerangka bumbung semakin popular di zaman moden ini, berikutan pengurangan sumber kayu matang yang berkualiti dan kos kayu yang semakin tinggi. Namun, terdapat masalah berkaitan ketebalan besi kekuda yang tidak mencukupi, yang boleh menjadi risiko kepada keselamatan bangunan. Ketebalan minima yang disyorkan adalah 0.75mm, namun ramai pengguna tidak menyedari hal ini. Oleh itu, pengguna perlu bijak dalam memilih bahan pembinaan yang sesuai. Kami menawarkan besi kekuda dengan ukuran dan ketebalan yang mencukupi.

Poin Penting:

  • Perkembangan Penggunaan: Besi kekuda semakin diterima sebagai alternatif kepada kayu.
  • Isu Ketebalan: Banyak besi kekuda tidak mempunyai ketebalan yang mencukupi.
  • Berat Atap Genting: Atap genting simen yang berat memerlukan sokongan yang kukuh.
  • Ketebalan Minimum: Ketebalan minima besi kekuda haruslah 0.75mm.
  • Pentingnya Pemilihan Bahan: Pengguna perlu teliti dalam memilih bahan pembinaan untuk keselamatan.

Info Penuh

PENGGUNAAN BESI KEKUDA SEBAGAI KERANGKA BUMBUNG
..
Bermula era moden kini, penggunaan besi kekuda dilihat makin berkembang dan dipercayai ramai. Tapi saya yakin pasti ada antara kita semua yang terfikir adalah besi ini betul-betul boleh dipercayai atau sebaliknya kan?
..
Sebenarnya penggunaan besi kekuda ini adalah sebagai satu alternatif untuk menggantikan kayu yang dilihat semakin hari semakin tidak matang dan tidak cukup kuat. Oleh sebab permintaan yang tinggi, kayu-kayu matang mula berkurang dan banyak pengeluar mula membekalkan kayu yang tidak cukup matang. Tambahan pula kos untuk kayu sangat tinggi
..
Jadi disebabkan oleh itu, besi kekuda mula diperkenalkan TETAPI!
Apabila besi kekuda mula digunakan secara meluas, nasib sama menimpa iaitu terdapat besi kekuda yang dikatakan ‘TIDAK CUKUP SAIZ’ atau erti kata lain tidak cukup ketebalannya
..
Isu tidak cukup ketebalan ini adalah sangat kritikal kerana kebanyakan rumah menggunakan atap genting simen yang mana berat sekeping atap adalah lebih 4KG dan membawa kepada berat purata keseluruhan atap genting untuk sebuah rumah adalah melebihi 10 tan. Ketebalan besi minima sepatutnya adalah 0.75mm tetapi tidak diketahui ramai
..
Oleh itu, sebagai pengguna, sebaiknya kita menilai setiap bahan yang kita perlu dapatkan.
..
Nak selamat? Kami membekalkan besi kekuda yang cukup saiz dan cukup tebal
Whatsapp kami
👇👇
https://link.hassanhardware.com/MalaysiaMerdeka2024KTR

Rujukan : disini